Monday, September 22, 2014

Inikah Pelaku Kes Campak Al-Quran Dalam Jamban? | Kejadian naskhah al-Quran diselerakkan dan sesetengahnya dicampakkan ke dalam lubang tandas di Masjid Limbongan, Besut, Terengganu sememangnya sesuatu yang mengejutkan dan menaikkan kemarahan umat Islam.

Susulan itu, seorang lelaki yang dikatakan pelaku perkara keji ini telah berjaya diberkas.


Menerusi gambar yang tersebar di rangkaian media sosial sejak semalam, wajah seorang lelaki yang didakwa pelaku kes ini kelihatan berlumuran darah dan cedera parah, dipercayai akibat dipukul.

 Baca : 
VIDEO: rakaman cctv insiden selerak al-quran di masjid limbongan, besut

Lelaki yang dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan ‘gila isim’.

Dalam pada itu, penangkapan suspek kes ini turut diuar-uarkan di laman Facebook Masjid Limbongan menerusi satu status di Facebook.


Klik untuk besarkan



Ketua Polis Daerah Besut, Tuan Kamaruddin Mohd Zakaria dikatakan memberi pengesahan tentang penangkapan ini kepada para jemaah selepas solat Isyak dan solat sunat hajat di masjid tersebut, malam tadi.

Turut hadir ketika penjelasan diberikan adalah ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Pegawai Agama Daerah Besut.

Jika benar perkara ini, semoga pelaku terbabit diberikan hidayah dan petunjuk.


Sumber mynewshub

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Viewer