Friday, October 31, 2014




Subanallah! Adakah ini disebabkan mutasi genetik atau kecederaan semasa peringkat perkembangan embrio???

Seekor kambing biri-biri mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.

Thursday, October 30, 2014



“Hati saya sebak melihat bayi yang lemah longlai seperti tidak bernyawa didukung ibunya sambil wanita itu berdiri di muka pintu menjerit meminta bantuan,” kata Che Sham Hussin, 53, dari Bukit Payung, Pokok Sena, Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Muhammad Adam Razin Abd Razak yang berusia setahun tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh ke dalam baldi berisi air dalam bilik air rumahnya.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibunya yang berusia 30-an, meninggalkannya bersama dua kakaknya berusia empat dan dua tahun di ruang tamu kerana mahu mengambil pakaian dalam kereta.
Tidak lama kemudian, wanita itu tergamam apabila mendapati anak bongsunya tidak sedarkan diri dengan kepala tersembam dalam baldi berisi air. Panik dengan kejadian itu, dia mengangkat anaknya, namun badan mangsa sudah bertukar kebiru-biruan.
bayi setahun maut lemas terjatuh dalam baldi berisi air
Menurut Che Sham, ketika kejadian dia berada di halaman rumahnya untuk mencari umpan memancing ikan apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong. Katanya, dia yang terkejut dengan jeritan itu segera berlari ke arah rumah berkenaan dan melihat jirannya terbabit sedang mendukung anak bongsunya sambil meraung. 

Sumber: Metro
GAMBAR: Parang Panjang Terpacak Di Kepala Lelaki Di Jerantut
NGERI.. itulah yang dapat dikatakan terhadap kejadian malang menimpa seorang lelaki apabila parang panjang melayang lalu terpacak tepat menembusi kepalanya di Jerantut, Pahang.

Parang panjang tersebut dikatakan melayang tepat ke kepala mangsa apabila hulunya tercabut secara tiba-tiba ketika dihayun oleh rakannya yang sedang menebas di kawasan berhampiran.
Kejadian berlaku di Felda Sungai Retang, Jerantut.
IMG-20141030-WA0025 (1)
Berdasarkan gambar x-ray, hanya sipi sahaja sahaja lagi untuk jadi penyebab mangsa maut di hujung mata parang namun ternyata, nyawanya masih panjang.


Sumber: Mynewshub

Wednesday, October 29, 2014

Angelina Jolie

Pasangan selebriti dari Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakui mereka telah memberikan pendidikan agama yang cukup buat anak-anak mereka.


Alor Gajah: Adik lelaki kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Rahim Maslan, 42, terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Tuesday, October 28, 2014

kahwin bawah umur

Terdapat nas yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak di bawah umur sama ada daripada al-Quran, hadith dan ijma’. 


6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Viewer